Saturday 10 September 2016

Sihir penunduk

Dalam kepelbagaian jenis sihir terdapat satu bentuk sihir yang memberi kelebihan kepada pembuat sihir.

Mangsa yang terkena sihir penunduk, akan ikut semua arahan dan permintaan mana-mana individu atau satu individu mengikut cara dan matlamat semasa sesuatu ritual sihir itu dilaksanakan (bergantung kepada niat penyihir dan tujuannya).

Mangsa biasanya bermula dengan mimpi menakutkan atau diganggu dengan makhluk halus seperti yang pernah diutarakan di dalam tajuk sihir pembenci.

http://yourresolves.blogspot.my/2016/08/masalah-gangguan-dan-tanda-terkena_22.html

Bagaimana boleh terkena sihir penunduk?

Kalau menerusi makanan biasanya kuih yang dihidangkan. Mereka yang buat akan saksikan sendiri sama ada anda betul-betul makan atau tak. Ini bagi memastikan anda berjaya disihir atau tidak.

Bagi memastikan perkara diatas terdapat juga penyihir dikalangan kenalan kita sendiri yang mempelawa kuih dengan cara membawa kuih tersebut dihadapan bakal mangsa dan mempelawa secara dekat tanpa ada pilihan.

Sekiranya didapati sesuatu yang pelik dan wajar boleh disyaki akan kemungkinan kebaikannya dan pelawaannya mungkin ada sesuatu tujuan adalah lebih baik elak dari memakannya.



Tanda terkena sihir penunduk

Pada peringkat awal, anda akan bermimpi perkara-perkara yang mengarut dan menakutkan seperti didatangi makhluk halus dan mengganggu tidur anda diwaktu malam.

Antara bentuk mimpi yang mungkin adalah seperti jatuh dari tempat yang tinggi, pergi ke tempat atau rumah yang usang dan menakutkan, diganggu dimasa dunia lain secara kerap hampir setiap malam khususnya pada waktu tidur anda, atau dikejar oleh makhluk halus dan anda melarikan diri sehingga anda boleh terbang bagi menyelamatkan diri dari ditangkap oleh makhluk tersebut.

Pada peringkat seterusnya semua ni akan berakhir dan kini anda telah berjaya disihir. Tanpa sedar atau keliru anda sukar untuk mengingat kenapa anda mudah tunduk dan dengar cakap serta menurut perintah ataupun permintaan seseorang dengan mudah tanpa rasa itu tak wajar dan tak masuk akal.

Penjaga atau waris kepada mangsa mungkin dapat menghidu masalah ini. Biasanya mangsa mudah marah atau cepat marah. Ianya berlainan dan berbeza sikapnya seperti sebelum disihir. Pewaris lebih mudah mengenalpasti kerana mereka faham akan sikap dan perangai asal mangsa. 

Contohnya mangsa didapati agak pelik dari sebelum ini, kebiasaanya mangsa tak mudah marah akan tetapi kebelakangan ni lebih cepat marah dan bersikap diam diri atau sering menyepikan diri serta suka keseorangan.

Mangsa jugak dapat merasai dimana ia berada, ada orang sedang memerhatikannya atau beliau merasai ada peneman sentiasa disisinya ataupun tidak jauh darinya dan sedang perhatikannya. 

Jadi, beliau lebih berani meskipun kemana sahaja kerana beliau merasai ada orang bersamanya meskipon orang yang dimaksudkan tak wujud dialam nyata.

Kesan sihir penunduk

Kini segala suruhan dari orang tertentu anda mudah ikut dan mengiakan saja semua perkara yang dipinta dan disuruh. Sesuatu yang pelik tetapi mangsa masih keliru dan bodoh.

Keliru dan sukar untuk mempercayai yang anda telah disihir. Sedangkan suspek tersebut masih berbaik dengan anda dan tak pernah khianati diri anda. 

Nilah sihir...sesuatu yang sukar diterima akal dan memang tak masuk akal. Bagi mereka yang jahil berkenaan hal ni akan mengatakan kita percaya kepada perkara yang mengarut. Menduakan Tuhan dan boleh merosakan iman serta terkeluar dari islam.

Sekarang saya maklumkan yang kita bukannya mengagungkan dan mempercayai ada kuasa selain yang maha Esa, akan tetapi penolakan masyarakat dalam mengambil berat dalam perkara ni menyebabkan ramai orang melayu khasnya terperangkap dan terus menjadi mangsa pada jangka masa yang lebih panjang tanpa sebarang tindakan untuk dirawat lebih awal.

Ramai mangsa terpaksa berhadapan dengan masalah sihir seharian sekian lama tanpa dirawat dan dibawa untuk dipulihkan oleh keluarga atau penjaga mereka.

Alasan mereka adalah tak boleh kita mempercayai perkara yang memesongkan akidah seperti itu. Inilah jawapan dari mereka yang jahil dalam pengalaman dan pengetahuan berkenaan masalah sihir dan saka.

Berita bagus adalah ramai dikalangan perawat tradisional (bomoh), pengamal perubatan islam dan rawatan alternatif lain menggunakan ayat suci alquran khusus untuk merawat pesakit berkaitan sihir dan saka seperti fungsi Darul Shifaq dan pergerakan persendirian dikalangan ustaz serta pengamal perubatan tradisional lain.