Thursday 18 August 2016

Cara Menyelesaikan Hutang Dengan Cepat

Cara bebas bagaimana menyelesaikan masalah hutang dengan cepat adalah tidak bergantung penuh kepada pendapatan penggajian sepanjang hidup anda.




Terdapat pelbagai cara bagi mendapatkan pendapatan selain gaji bulanan. Sama ada berniaga, melabur dan menjadi jurujual kepada sesuatu produk.

Disamping itu, anda perlu tahu dan fahamkan dua perkara utama dalam hidup anda;

a) liabiliti
b) aset

Ramai orang tidak tahu dan tak fahami yang mana sebenarnya aset.

Terdapat beberapa liabiliti yang mereka miliki dan menyangka itu adalah aset.

Faktor ini menyebabkan ramai orang terjerumus kedalam perangkap hutang yang bersaiz besar dan memerlukan suatu tempoh yang panjang untuk diselesaikan.

Pemahaman dan maksud mudah disini adalah;

a) liabiliti bermakna sesuatu yang menyebabkan wang anda lebih banyak keluar dari wang masuk. 

Atau sesuatu benda yang dimiliki itu menyebabkan wang terus-menerus keluar dari poket anda tanpa memberi pulangan berbentuk wang yang menguntungkan. 

Ini termasuk motosikal, kereta, rumah yang diduduki, pinjaman termasuk pinjaman peribadi dan kad kredit, kemudahan sewa beli, pelaburan atau hartanah yang merugikan termasuk bisnes yang beroperasi dalam kerugian serta apa-apa saja yang dimiliki dan perkara yang termasuk dalam tanggungan anda yang bersifat harta.

Meskipun demikian, maksud disini tidak dinyatakan ataupun tak termasuk penjagaan anak, isteri serta tanggungan anda seperti ibu bapa dan kos persekolahan kanak-kanak. 

Makna liabiliti disini bukanlah maksud rasmi tetapi sebagai pemahaman mudah untuk anda bandingkan yang mana satu aset dan yang mana satu liabiliti. 

Pendek kata, maksud liabiliti disini adalah sesuatu yang mengeluarkan wang dari poket anda. Pendapat ini dilihat dari sudut pandangan bisnes dan seseorang yang celik kewangan. Perkataan liabiliti lawannya adalah aset.

b) aset adalah sesuatu yang menyebabkan wang terus menerus masuk ke dalam poket anda melebihi wang yang keluar. 

Terdapat rumah sewa yang dianggap itu adalah aset sedangkan pinjaman bulanan bank melebihi pendapatan sewa sebulan. 

Dalam kes ini rumah tersebut belum layak berstatus aset. Sehinggalah bebanan bayaran hutang secara bulanan kepada bank selesai sepenuhnya dan wang sewa terus masuk sebagai pendapatan anda. 

Atau kadar bayaran sewa rumah melebihi ansuran bulanan bank. Ini boleh dikategorikan rumah itu adalah aset.

Semakin besar gaji semakin besarlah keraknya

Bagi yang bujang semakin lama berkhidmat akan menambah liabiliti yang tak perlu. Kalau dulu hanya bermotosikal ke tempat kerja tetapi lama kelamaan hutang kereta dan rumah menjadi sebahagian dari hidupnya.

Kebiasaan keluarga yang mempunyai anak tunggal masih stabil kedudukan dan taraf ekonominya. Tetapi bagi mereka yang berkeluarga besar, bebanan keperluan harian dan perbelanjaan bulanan memuncak pada ketika ini.

Zaman kini, menuntut sesuatu kehendak menjadi kemestian seperti kereta yang diperlukan untuk ulang-alik kerja dan komitmen lain atas sebab ada jawatan yang disandang, keperluan dalam penjagaan anak dan sebagainya. 

Sudah menjadi kebiasaan apabila bekerja, mereka akan memenuhi keperluan harian, motosikal, kereta dan rumah. Liabiliti ini mempunyai kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh pihak bank untuk kemudahan kepada pengguna produk mereka.

Perlindungan dan perancangan

Sekarang anda sudah dapat bezakan antara aset dan liabiliti. Seterusnya perlu rancang bagaimana mempertahankan dan mengawal atau mengecilkan jumlah aliran keluar wang dengan membuat beberapa jenis pengecualian perbelanjaan. 

Disini, saya tidak maksudkan sebagai berjimat. Ini kerana langkah ini boleh memberi kesan negatif dalam masa terdekat atau jangka panjang. 

Tindakan membuat perbelanjaan bijak dan cermat adalah satu langkah yang boleh dipertimbangkan. Ianya samalah seperti kita mengurus sesuatu syarikat dalam naungan kita sendiri.

Menjaga dan melindungi diri sendiri dari perompak berhemah yang dianggap sebagai sah. Ramai orang terjerumus kedalam perangkap pelaburan yang merugikan dan skim ponzi yang menjahanamkan modal anda. Dalam kes sedemikian, ada yang berhutang untuk melabur dan tak lama kemudian modal mereka pon lebur.

Terdapat juga sistem MLM yang bergerak secara bawah tanah dan haram. Apabila cukup jumlah sasaran mereka pun menghilang. 

Pelaburan begini sudah ramai orang bertukar menjadi mimpi ngeri. Ini kerana mahukan keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat.

Kes ini melibatkan individu itu hilang wang pinjaman puluhan malah ada yang ratusan ribu ringgit.

Jangan berhutang lagi kecuali hutang baik sahaja

Ini bertujuan supaya anda sedar dan tahu sejauhmana anda tak cukup wang. Mungkin hujung bulan, tengah bulan atau asyik korek simpanan serta bergadai emas tiap-tiap bulan.

Anda akan tahu jumlah rm yang tidak cukup dalam sebulan, atau membuat ukuran persamaan masa dan wang. Contohnya rm1k boleh bertahan selama mana.

Mungkin seminggu, dua minggu ataupun sehingga tiga minggu. Semua itu bergantung kepada kos perbelanjaan tempat anda, jumlah liabiliti yang perlu ditanggung dan juga bukan liabiliti yang dalam saraan anda.

Bijak mengambil peluang

Bagi mengatasi masalah duit tak cukup, terdapat banyak peluang membuat wang yang anda mungkin telah gagal. Sama ada pelaburan, bisnes atau cara buat duit online. Ini menyebabkan anda mungkin telah tawar untuk teruskan mendalami kemahiran yang ditawarkan di internet.

Meskipun demikian, jika anda tidak habiskan wang kesitu, nescaya wang itu turut akan habis jugak mengikut peredaran masa dan umur anda. Ini kerana duit gaji anda hanyalah suatu mata wang yang merupakan instrumen hutang.

Jadi adalah bagus sekiranya anda terus cuba dan mencuba mana-mana satu bisnes yang akan menjadi.

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia hanya anda sahaja tahu. Bak kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Mudah cakap, rezeki Tuhan tentukan, kita hanya berikhtiar.

No comments:

Post a Comment