Sunday 21 August 2016

Cara Pemasaran Online Yang Efektif

Dalam sesuatu perniagaan sudah tentu tujuannya untuk wujudkan aktiviti pemasaran sesuatu tawaran bagi tujuan mendapatkan keuntungan hasil dari produk yang dipasarkan.

Produk didalam sesuatu perniagaan terdiri dari tawaran dalam bentuk perkhidmatan atau penjualan barangan.

Terdapat juga barangan atau perkhidmatan yang disediakan, diimport dari luar negeri, buatan tempatan ataupun teknologi luar yang dikilangkan dalam sesebuah negara.

Sesebuah perniagaan mempunyai cara pemasaran yang berlainan. Sama ada memilih sistem MLM, pasaran secara online di internet, offline dan lain-lain.

Bagi pemilihan teknik pemasaran Multi Level Marketing (MLM), terdapat juga penggunaan sistem perisian di server dan juga pengoperasian cara offline.

Sesuatu aktiviti promosi atau kempen penjualan, ianya boleh dijalankan secara online dan juga offline dalam masa yang sama.

Dalam pemasaran online biasanya masyarakat menganggap ianya dibuat menerusi internet. Namun, terdapat sedikit perbezaan cara dan sumber teknologi yang digunakan.

Manakala pemasaran offline beroperasi tanpa melibatkan penggunaan teknologi maklumat. Contohnya mewujudkan premis perniagaan, banner di merata-rata tempat, menerusi sapaan kepada individu yang lalu-lalang, penggunaan surat-menyurat, brochure templates, kad bisnes dan lain-lain.

Online bukan internet

Manipulasi media elektronik seperti pengiklanan di televisyen, siaran radio dan tajaan bagi sesuatu rancangan TV. Semua ini dengan tujuan menyampaikan mesej iklan kepada pengguna.

Setiap hari kita dapat melihat ruang-ruang iklan di media cetak seperti akhbar dan majalah. Semua ini bermatlamat menyampaikan mesej kepada pengguna.

Pemasaran internet

Pemasaran secara online melibatkan beberapa jenis sistem dan kemudahan telekomunikasi seperti servis SMS, aplikasi What'sApp, panggilan suara, penggunaan blog, manipulasi laman web dan memanfaatkan potensi media sosial.

Penggunaan internet dalam mendapatkan jualan sangat meluas dan tidak terbatas kepada sesuatu sempadan. Internet terdiri dari kepelbagaian tool dan software untuk sesuatu kempen pemasaran menjadi lebih efektif.

Penggunaan perisian seperti email autoresponder atau disebut sebagai email automation. Tujuannya adalah untuk menyimpan data asas prospek.

Membangunkan blog bagi tujuan mendapatkan pengikut blog yang berminat dengan niche yang dibangunkan.

Menyiapkan laman web jualan yang menarik, berinformasi dan mesra pengguna. Website ini disebut sebagai minisite, sales page atau sales letter.

Terdapat juga penggunaan web statik, surat jualan, landing pages, squeeze pages bagi tujuan mendapatkan prospek dan memperkenalkan produk kepada pengguna internet.

Merekabentuk banner digital yang menarik, seterusnya diletakan di blog-blog, web sosial, forum, laman berita, media sosial, blog dan web directory, website pengiklanan berbayar atau percuma serta menggunakan perkhidmatan pengiklanan di search enjin.

Semua kempen ini bagi tujuan mendapatkan trafik pengguna internet untuk sampai ke web mereka dan seterusnya mendaftar sebagai subscriber.

Pengiklanan dan promosi di internet

Terdapat banyak penyedia servis pengiklanan di internet. Contohnya:

a) Search Enjin
Google menyediakan servis adwords, yahoo sediakan yahoo ads manakala MSN menawarkan perkhidmatan MSN Ads Center. Terdapat berbagai-bagai jenis search enjin lagi yang menawarkan servis pengiklanan didalam internet.

b) FB Ads
selain menggunakan perkhidmatan iklan di facebook, anda boleh promosikan produk menerusi fb grup yang disediakan oleh pengguna facebook secara percuma atau berbayar.

c) banner
boleh diletakan diruang-ruang berbayar seperti didalam blog bertrafik tinggi, forum, web sosial dan lain-lain lagi.

d) penjualan produk di instagram
terkini dan masih hangat. Kesan pengguna instagram sangat bagus dalam mempromosi produk anda. Anda boleh iklankan kepada follower. Semakin ramai follower semakin besar potensi kuasa beli.

e) affiliate
menyediakan aplikasi affiliate di laman web produk anda untuk affiliater membuat pendaftaran dan seterusnya mempromosi produk tersebut.

Memandangkan fungsi internet sangat luas dan tanpa sempadan, potensi mendapatkan kesan iklan yang efektif dan berkesan adalah tinggi. Kebarangkalian ini diukur berlandaskan banyak saluran yang boleh digunakan bagi memperkenalkan produk kepada umum.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Fauzi, entri yang menarik dan berguna berkenaan dengan ilmu pemasaran. Semoga kita dapat manfaatkan kedua-dua cara pemasaran ke tahap yang optimal.

    Zamree

    ReplyDelete